5 langkah pertama sebelum menghias kediaman

0

Posted on : 17-03-2010 | By : alam | In : Design

tape n pensil

1. Buat lakaran dan ukuran rumah
Ambil pen dan kertas, mulakan membuat pelan lakaran dan ukuran rumah anda. Lakarkan setiap bahagian ruang, kedudukan pintu dan tingkap, lokasi lampu dan suis, berapa tinggi siling dan sebagainya.

2. Gambar ruang atau bilik kediaman
Ambil gambar setiap sudut ruang. Ini membantu anda apabila keluar membeli perabot atau barang hiasan sebagai rujukan dan pastinya jurujual dapat membantu anda.

3. Tentukan tema/ konsep hiasan anda
Apakah yang anda suka? Koleksi apa yang anda kumpul sekarang? Ambil masa untuk menentukan minat anda. Pelbagai sumber inspirasi gaya atau tema terdapat dalam majalah, buku, internet atau pameran dekorasi.

4. Buat 2 senarai penting
Senaraikan nama dan nombor telefon seperti kedai-kedai menjual barangan hiasan, kontraktor, tukang cat dalam satu fail. Juga buat senarai bajet!

5. Percayakan diri sendiri
Dalam menghias kediaman, anda perlu percaya dengan diri sendiri atas dekorasi yang anda lakukan dan sedia terima kritikan dan bantuan. Nobody is perfect!

Itu sahaja setakat ini,

Decoration is fun and fabulous!!