Soalan pembaca:
“Ruang tamu rumah saya panjang , boleh tak diletak pengadang untuk mengasingkan ruang tamu dan menonton .”
Jawapan:
Boleh, dan ada juga yang mengunakan pengadang untuk memisahkan ruang tamu dan ruang makan. Pengadang ini pula boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu:
1)Penghadang kekal. Seperti tiang-tiang kayu yang disusun sebaris. Partition kayu yang polos atau berukiran dan skrin kaca atau blok-blok kaca. Penghadang jenis ini memerlukan kos yang tinggi dan memakan masa. Juga boleh menyempitkan ruang. Jenis ini selalunya sudah sedia terbina di kediaman yang luas ruang dalamannya seperti banglo.
2)Penghadang tidak kekal. Seperti meja konsol, rak buku, bead curtain, panel skrin (bahan kayu atau wrought iron yang berpanel 3, 4 atau 5). Penghadang jenis ini berkos rendah dan pemilihan pengadang ini perlu sesuai dengan konsep sedia ada kediaman.
Contoh, kediaman konsep oriental, pengadang kayu berpanel dengan lukisan/ukiran Cina amat sesuai.
Photo credit: ooh_food, trustmeiamnotageek, GmanViz, Robin Green Eye, Chris Ting – Sydney









Kalau rumah tEres , pembahagi ruang apa yg sesuai untuk buat sbg partitiion antara meja mkn n ruang tamu?
Sama juga seperti yang dinyatakan dalam artikel ini. Selalunya kita mahu lihat, adakah kita suka pembahagi yang menghalang pandangan atau tidak. Jika tidak, pilih meja konsol berserta bunga hiasan yang rendah sebagai pembahagi.
dimana saya bole beli penghadang 4berkembar yg lebar dan tidak mudah jatuh