Di mana Pohang?

Pohang merupakan bandar besar yang terletak di North Gyeongsang Province, Korea Selatan . Populasi seramai 500,000 lebih dan merupakan kampung halaman fromis_9 Lee Chaeyoung.
Pohang terkenal dengan tugu tangan di laut (Homigot Hand). Lokasi drama ‘Hometown Cha-Cha-Cha dan ‘When the Camellia Blooms’.
Cara ke sini dari Seoul.
- KTX : Seoul Station > Pohang Station (2 jam 25 minit)
- Domestik: Seoul Gimpo (GMP) > Pohang (KPO) – (1 jam)
- Bas: Seoul Express Bus Terminal > Pohang Express Bus Terminal (3 jam 40 minit)
Hometown Season 2 Episod 6

Hometown yang sudah memasuki musim kedua. Sebuah rancangan yang mengenalkan tempat-tempat yang orang lokal sahaja tahu dan akan dikongsikan oleh idol Kpop tentang kampung halaman mereka dalam masa setengah hari.
Di episod 6, Chaeyoung dan Jiwon. Jiwon pernah muncul bersama Hayoung pada musim satu episod 4 di Gwangju. Link Youtube > fromis_9 Hayoung and Jiwon’s Gwangju Tour
Chaeyoung dan Jiwon menunjukkan tempat-tempat menarik di Pohang dalam separuh hari dengan tema permaisuri. Ketika artikel ini ditulis. View telah mencecah satu juta tontonan.
#1 Yeongil Bridge

Mereka bermula shooting dengan latar belakang Yeongil Bridge. Dengan hujungnya terdapat senibina bangunan tradisional Korea.
- Lokasi: Yeongildae Beach
- Masa Operasi: Tiada
- Masuk Percuma
#2 Jukdo Market

Pasar tradisional yang menjual makanan laut segar seperti gwamegi dan ketam salji. Merupakan salah satu lima pasar utama di Pohang.
Chaeyoung mencadangkan makanan ringan seperti gwamegi (hidangan istimewa musim sejuk yang diperbuat daripada ikan hering kering) yang kenyal. Sedap dimakan bersama balutan rumpai laut.

Mereka berdua makan tengah hari di gerai yang terletak di lorong mi buatan tangan dalam Pasar Jukdo.

#3 Jangteo Bunsik (cozy handmade noodle shop)

Memesan set Kaljebi. Gabungan Kalguksu (Korean knife-cut noodle soup) dan sujebi (hand-pulley sehati flaks) turut minum Barley Tea yang disediakan gerai.

- Lokasi: Dalam Jukdo Market
- Masa operasi: tiada maklumat
- Harga: 5,000 won – 6,000 won
- Nota: Kuah dari stok ikan bilis.
#3 Hwanho Park Space Walk

Dikenali sebagai arca terbesar di Korea. Ketinggian 25 meter , trek sepanjang 333 meter dengan 717 anak tangga. Dapat melihat panorama bandar Pohang. Siap dibina pada tahun 2021 dengan pantas menjadi tempat top hot spot di Pohang.

- Waktu operasi: 10am-5pm /10am-6pm
- Masuk percuma.
- Nota: Kanak-kanak bawah 110cm tidak dibenarkan naik.
#4 HYPERREAL Coffeeshop

Chaeyoung dan Jiwon berehat sebentar di kedai kopi HYPERREAL.

- Waktu Operasi: 8am-20pm/ 10am-20pm
- Instagram: @hyperrealcoffee
- Nota: Mesra kanak-kanak dan haiwan belaan.
#5 Hankyeoryeong Clam Grill (main branch)

Mereka menamatkan episod dengan singgah makan di restoran (tradisi 35 tahun) yang menghidangkan kerang panggang , makanan laut, dan sup kerang dengan menyajikan pemandangan laut pantai Yeongildae.

Mereka memesan set campur kerang panggang berkeju dan haemul ramyun (seafood ramen).

- Lokasi: Berdekatan Motel XYM
- Waktu Operasi: 15pm – 5am
- Harga: 35,000 won – 119,000 won
Reviu

Jiwon – The trip was perfect because I came with you, I ate to much. Oh, these peanuts are so delicious!
Chaeyoung – Come to Pohang, and my stomach is Pohang-pang-pang. I won’t be able to eat this in Seoul
Sumber
- Skrinshot dari Youtube.
- Website: www.pohang.go.kr



