Misi projek perpustakaan mini di wad pediatrik PPUKM sudah bermula lama (akhir tahun 2012) oleh rakan saya Tuan Iskandar Syah aka Dr Red Bubbles. Pada March 2013, Dr Red Bubbles menjemput H.A untuk berikan idea dekorasi dan rekaan bagi ditunjukkan kepada hospital dan penaja. Jadi, kami berdua pergi melawat bilik yang mahu diubah menjadi perpustakaan mini dan ruang rehat.
Bilik asal ruang digunakan sebagai tempat istirehat ibubapa dan ruang kanak-kanak.
Selepas gambar diambil, ukuran telah diketahui dan apa yang boleh dan tidak boleh. Seperti tidak sesuai perabot/ aksesori yang boleh mengumpul habuk (karpet), ruang antara pintu tidak boleh dihalang dan pelbagai aspek lagi yang diminta klien. Keselamatan dan kebersihan paling utama, lebih-lebih lagi hospital.
Apabila semua maklumat sudah terima dan lengkap. Bermulalah misi H.A menghasilkan illustrasi 3D dan anggaran kos.
Selepas menunggu maklum balas rekaan, mencari dana dan berjaya peroleh penaja (RISM telah menyumbang dana sebanyak RM26,000 kepada Red Bubbles bagi melaksanakan Projek Perpustakaan Mini dan Program Hospital Clowning).
Akhirnya, pada 10 September 2014 projek amal perpustakaan mini ini berjaya menjadi nyata dan dirasmikan oleh Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM).
-Perpustakaan mini ini mempunyai koleksi buku lebih daripada 700 naskah yang terdiri daripada buku kanak-kanak bergambar, novel remaja, komik, ensiklopedia, buku motivasi dan majalah.
-Mural hidupan laut dilukis oleh Tuan Latfy. Seorang illustrator bagi buku bergambar kanak-kanak siri Dr Bubbles
– Part H. A ialah memberikan konsultasi dan 3D visual.
– Ini merupakan projek dekorasi amal H.A yang kedua. Yang pertama H.A akan kongsikan nanti.




















