Assalamualaikum dan annyeonghaseyo,
Selama ini H.A kongsi tentang tip dekor. Kali ini berbeza sikit. H.A ingin berkongsi tentang hobi. Hobi meminati hiburan dari Korea Selatan. H.A merupakan peminat girl group I.O.I dan meminati salah seorang ahlinya, Kim Sohye, sejak dari rancangan realiti Produce 101.
[Produce 101 merupakan sebuah rancangan reality survival. Para pesertanya merupakan 101 pelatih dari pelbagai agensi hiburan. Hanya 11 pelatih yang menjadi pemenang dan debut dalam girl group yang dipanggil I.O.I (Ideal of Idol) selama setahun.]
H.A ini kiranya kategori Uncle Fans, hahaha. Mendapat berita pula bahawa keluarganya membuka sebuah kafe, Penguin’s Café. Dia memang meminati penguins. Syarikatnya pula dipanggil S&P Entertainment (Shark & Penguins Entertainment). Para peminatnya juga dia gelarkan sebagai Penguins.
Kafe ini dibuka sebagai salah satu cara dia bertemu peminat. Kiranya Sohye mengikuti ahli grup Kpop yang lain membuka kafe dan juga restoran (bisnes keluarga).
Jadi pada November tahun lepas. H.A berpeluang kembali ke Korea buat kali ketiga, Alhamdulillah. Hari pertama dalam itinerari, terus membuat misi singgah ke Penguin’s Café. Nampak sangat terujanya.
Cara untuk pergi Penguin’s Café. Terdapat tiga station yang terdekat:
1.Seoul National Univ. of Education Station Line 2 (Exit 5). Ke kanan untuk menuju ke jalan raya besar > ke kiri dan jalan terus 10-15 minit sehingga berjumpa simpang empat > belok ke kiri dan jalan beberapa minit. Penguin’s Cafe berada di seberang jalan.
2.Seoul National Univ. of Education Station Line 3 (Exit 13). Tempat yang sama cuma berbeza line subway. Jalan terus dalam 10-15 minit > jumpa simpang empat > belok kiri > jalan beberapa minit. Penguin’s Cafe berada di seberang jalan sebelum pintu masuk universiti.
3. Nambu Bus Terminal Station Line 3 (Exit 1). Saya mengunakan station ini. Keluar ke Exit 1 > jalan terus dalam 10-15 minit> jumpa simpang empat > belok kanan> jalan terus beberapa minit> kafe di sebelah kiri dengan signage putih background hijau.
Subway Korea app. Mudahkan bergerak ke destinasi.
H.A mengunakan app Subway Korea versi adroid. Kerana hostel berdekatan station Jongno 3 (sam) ga line 3 . H.A memilih berhenti di Nambu Bus Terminal Station. Mengikut apps. Ia mengambil masa 23 minit , 12 station dengan kos 1,350 (1,450). H.A rasa kos dalam kurungan bayar tunai dan luar kurungan ialah T-Money.
Gambar Penguin’s Cafe
Kerana H.A tiba malam, tiada gambar yang di ambil dalam perjalanan. Yang ada hanya gambar luar kafe dan dalam kafe. Jika H.A kembali ke kafe ini (waktu siang). Pasti akan ambil gambar luar (laluan dari station ke kafe).
Ruang galeri + ruang jualan produk penguins
Terdapat sedikit ruang dalam kafe ini menempatkan galeri (pemberian hadiah daripada peminat dan gambar-gambar perjalanan seni) dan ruang jual produk penguins.
Teruja hadiah diberi berada di galeri Penguin’s Café
Bagi yang akan ke Korea nanti. Masukkan Penguins Cafe ini sebagai salah satu kafe yang wajib singgah. Mana tahu dapat jumpa Sohye atau selebriti lain?





























