Misi Memburu Cherry Blossom di Seoul
Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo.
Pada bulan April lepas , H.A kembali ke Korea #AlamkeKorea4 . Kali ini, musim bunga. Misi memburu bunga cherry blossom di Seoul. Tempat cherry blossom yang popular seperti di Jinhae (laluan kereta api yang ada kereta api itu), tidak dapat pergi kerana agak jauh dari Seoul.
Satu hari nanti akan pergi. Cuma perlu datang dari Busan, kerana lebih kurang satu jam ke Jinhae.
Bagi misi memburu cherry blossom ini, H.A berpeluang mengikuti tour Breathtaking Cherry Blossom Hunting Tour daripada INDIWAY
INDIWAY (dulu Funtastic Korea)
Funtastic Korea (FUNKO) merupakan laman web yang menjual pakej-pakej tour seperti Everland, Nami Island, Lotte World, festival-festival yang berlangsung pada bulan tersebut, dan pelbagai lagi termasuk sewa van dan memesan makanan terus hantar ke bilik!
Layari:–> Indiway
Breathtaking Cherry Blossom Hunting Tour
Pakej tour yang H.A ikuti ini berharga 55,000 won (RM213). Harga ini termasuk:
- Round trip shuttle bus
- Entrance fee
- Air minum + kimbap (minta vegetable)
- Tikar
- Staf yang boleh berbahasa Inggeris.
Tempat-tempat meeting point (tempat kita tunggu dan bas tour ambil) beserta masa ambil. Hanya terdapat tiga lokasi.
- Hongik Univ. (Hongdae) Station Exit 4 (7:40am)
- Myeongdong Station Exit 2 (8:20am)
- Dongdaemun History & Culture Park Station Exit 10 (8:30am)
Kita hanya perlu memilih di mana kita dapat tunggu dan yang berhampiran dengan penginapan kita. Penginapan H.A di Itaewon. Dengan mengunakan app Subway Korea. Meeting point di Myeongdong Station lagi dekat dan mudah.
Lokasi-lokasi yang terdapat cherry blossom ini merata-rata tempat. Pihak FUNKO tour akan memilih secara rawak tiga lokasi pada satu hari lawatan tersebut. Tiga lokasi yang kami pergi adalah:
- Yeouido Park.
- Seokchonhosu Lake.
- Children’s Grand Park.
Trip ini terdapat pelancong dari pelbagai negara. Australia, Singapura, India, China, Filipina dan Malaysia (H.A) Jumlah 17 orang termasuk seorang kanak-kanak.
Yeouido Park
Dari meeting point ke lokasi pertama, Yeouido Park mengambil masa 40 minit. Kerana ia free & easy tour. Boleh bergerak bebas dalam yang diberikan. 1 jam 30 minit.
Menariknya pokok-pokok cherry blossom ini sepanjang jalan Yeouidong-ro.
Seokchonhosu Lake, Jamsil
Dari Yeouido Park ke Jamsil Lake mengambil masa 30 minit. Diberikan masa 2 jam untuk kita bersiar-siar. Kerana begitu luas tasik ini.
Turut kelihatan Lotte World Tower yang baru siap dibina. Merupakan bangunan ke-5 tertinggi dunia.
Children’s Grand Park
Lokasi ketiga dan terakhir tour ini. Children’s Grand Park yang berdekatan dengan Sejong University. Taman yang besar. Terdapat pelbagai kemudahan dan tarikan seperti zoo, botanical garden , amusement park, fasiliti sukan dan lain-lain.
Lawatan yang bermula sejak pagi jam 9, tamat dalam jam 4.30 petang. Selepas itu, shuttle bus akan menghantar kembali ke tempat meeting point (di mana kita mula-mula menunggu dan naik shuttle bus)
Kelebihan tour ini, kita dapat berjimat dari segi masa. Tidak perlu turun naik tangga dan berpindah subway. Juga lebih selesa. Masa yang diberikan bagi setiap lokasi mencukupi. Melainkan kalau kita mahu pergi banyak tempat lokasi cherry blossom dalam satu hari.
Terima kasih INDIWAY aka Funtastic Korea 🙂
UPDATE 2018
Bagi yang ingin mengikut Breathtaking Cherry Blossom Hunting Tour ini tahun depan, boleh layari INDIWAY






























