Ketika merancang untuk melancong ke Korea pada musim sejuk, mahu packing light. Kerana baju sejuk, dan winter jacket sudah makan separuh ruang backpack. Jadi semestinya akan pilih penginapan yang menyediakan mesin basuh + mesin pengering. Bolehlah basuh satu kali ketika berada lima hari di Seoul.
Sewaktu tiba dan menginap, mendapati mesin basuh bertampal ‘for stuff only’. Ini pengalaman pertama menghadapi situasi ini. Terasa kecewa dan tertipu pula dengan fasiliti yang dipaparkan di website ketika menempah tidak sama seperti keadaan sebenar.
Penyelesaiannya, H.A segera Google. Pelbagai keyword digunakan ‘washing machine in Hongdae, ‘coin wash in Hongdae’, ‘coin laundry.’ Bertanya juga convenience store dengan menunjukkan terjemahan Bahasa Korea.
Berpusing-pusing juga selepas ditunjukkan arah, kerana dobi layan diri ini tidaklah popular seperti negara kita. Selepas berjalan jauh dan melihat Google semula, akhirnya bertemu juga. Kalau dari penginapan agak jauh.
24 Coin Wash
Lokasi dari Hongik Univ. Station (Exit 2)
Ruang dalaman
Mesin token
Mesin basuh
Terdapat dua mesin basuh. Kiri 4000KRW (H.A guna ini sebab tidak basuh banyak), tiga lagi 5500KRW di kanan. Tidak pasti berapa kg. Masa basuhan dalam 28 minit. Bahan pencuci dan pelembut fabrik sudah tersedia di dalam mesin basuh.
Mesin pengering
Keempat-empat mesin pengering ini sama dengan bayaran 3,500KRW dengan masa ditetapkan 28 minit. Pakaian fabrik cotton tebal tidak kering sepenuhnya.
Disertakan website untuk rujukkan pembaca.
- Coinwash (Korean)
- Laundryproject
- WashtownSeoul
- Cleantopia
- Selfia (Korean)













