Pada 22 Jun, berlangsungnya 2019 Quiz on Korea peringkat Malaysia di Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya . Juga turut berlangsungnya 2019 Changwon Kpop World Festival – Malaysia Preliminary pada sebelah petang.
Quiz on Korea

Quiz on Korea merupakan sebuah game show tv yang diadakan secara tahunan. Tujuan kuiz diwujudkan sebagai projek diplomasi awam dan untuk meningkatkan kesedaran bukan rakyat Korea tentang Korea. Akan disiarkan secara live di KBS.
Pada tahun ini termasuk Malaysia ada 20 negara yang sertai, iaitu:
Austria, Bolivia, Egypt, Ethiopia, Germany, Madagascar, Malaysia, Morocco, Pakistan, Paraguay, Portugal, Romania, Russia, Sri Lanka, Thailand, Turkey, UK, Uruguay, Uzbekistan, dan Vietnam.
2019 Quiz on Korea – Peringkat Malaysia

Pusingan pertama diadakan pada 13~14 Mei di Kedutaan Korea. 25 peserta akhir telah terpilih.

Pada pusingan kedua, saya berpeluang melihat secara langsung buat pertama kali. Menarik melihatnya, kerana kuiz ini mengunakan format rancangan tv The Golden Bell Challenge. Di mana setiap peserta bersila dan mempunyai papan putih mini berserta pen marker dan pemadam.



Terdapat 21 peserta yang dapat hadir dan sertai dengan 16 soalan diberikan pada bahagian pertama. Pada bahagian kedua, 9 peserta terpilih (sepatutnya 8 peserta sahaja, tetapi terdapat dua peserta yang mempunyai markah yang sama). Bahagian kedua ini bermain secara kalah mati.


Tiga pemenang terpilih dan hanya satu peserta yang menjadi juara dan mewakili Malaysia ke pusingan akhir di Korea pada bulan September ini.
Soalan Quiz on Korea

Saya sempat menangkap beberapa soalan (saya ringkaskan) yang dipaparkan (dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea). Jawapan perlu ditulis dalam tulisan Korea iaitu Hangul.
- Siapakah nama pelakon rancangan Kvariety 2 Days 1 Night?
- Namakan sebuah monumen yang terdapat di Gyeongju?
- Namakan tajuk Korean Drama (terdapat gambar-gambar pelakon)
- Isikan satu konsonan dalam lirik lagu Blackpink ‘Ddu du ddu du.’
- Nama-nama yang dipaparkan. Yang mana bukan pulau?
Para Pemenang

Wakil Malaysia 2019
*Bonus- Wakil Malaysia 2018
Berpeluang berjumpa dengan wakil Malaysia tahun lepas ketika majilis Korean Night. Sehingga ini, satu-satunya peserta Malaysia yang menjadi Juara di pusingan akhir yang berlangsung di Korea!
Kredit foto: Korean Embassy KL IG


