Isu Halal memainkan peranan penting terutama sekali tentang makanan. Bertambah penting pula ketika kita melancong ke negara yang majoriti bukan Islam dan turut sukar mendapat makanan halal terutama sekali negara Korea.
Disebabkan Korea menjadi salah satu pilihan rakyat Malaysia. Korea Tourism Organization menganjurkan Halal Restaurant Week Korea yang sudah memasuki tahun ke 4.
Halal Restaurant Week 2019

150 Restoran Mesra Muslim

Kempen selama 61 hari dengan lebih 150 restoran mesra Muslim sertai, memberi para pelancong pilihan merasa makanan Korea dan makanan dari negara-negara lain seperti Turki, Morocco, India, Nepal, China,dan Itali.

Restoran yang mengambil bahagian dikelaskan dalam empat kategori:

Kupon Diskaun

Kempen ini turut disertakan kupon diskaun yang bernilai KRW3,000 (RM10) dan KRW10,000 (RM35).

Video Kempen
Ambil peluang ini ketika melancong ke Korea semasa program ini dijalankan. Ini dapat juga merancang pembelanjaan makanan dan masa dalam itinerari anda.
Rujukan / Maklumat Lanjut
- Website: http://www.hrwkorea.or.kr
- Facebook: halalrestaurantweekkorea
- Instagram: halal_restaurant_week
- Buku: Korea Muslim Friendly Restaurants Guidebook 2019
- Ebook: http://english.visitkorea.or.kr
- Apps: Korea Travel Books



