Lalang coklat kekuningan yang cantik dengan seluas mata memandang. Itulah yang saya lihat ketika berada di sini. Bertambah pula dengan sekumpulan burung yang menari dengan angin yang sepoi-sepoi.
Suncheon Bay Wetland Reserve

Kalau sudah mempunyai Discover Korea Your Way (DKYW) 2019 boleh gunakan di sini. Saya turut mendapat diskaun dengan mengunakan Suncheon City Tour Bus. Tiket ini perlu disimpan kerana ia tiket untuk dua tempat iaitu Suncheonman Bay Wetland Reserve dan Suncheonman Bay National Garden.





Suncheonm Bay Wetland Reserve terletak di wilayah Jeollanam-do. Kawasan yang ditutupi dengan tumbuhan lalang (reeds) yang boleh mencecah setinggi lelaki dewasa. Tercalon sebagai ‘100 Must-Visit Tourist Spots in Korea.’






Terdapat pelbagai habitat burung yang asal dan burung yang berhijrah ke sini. Mereka yang hobi memerhati burung pasti akan suka ke sini. Tempat ini turut menjadi lokasi Kdrama Temperature of Love (2017).
Suncheon Bay Eco Museum




Info:
- Alamat: 513-25 Suncheonman-gil, Dosa-dong, Suncheon-si, Jeollanam-do, South Korea
- Masa Operasi:
- Tiket: Dewasa KRW8,000 / Remaja KRW6,000 / Kanak-Kanak KRW4,000
- Website: www.suncheonbay.go.kr (Eng)
- Pengangkutan: KTX Yongsan Stn > Suncheon Stn ( 3 jam 12 min) > lokal bas ( 60~68, 81~85, 88 ).
Nota: Saya ke sini mengunakan khidmat Suncheon City Tour Bus yang berada di Suncheon Station. Turut rasa terkilan kerana tidak dapat pergi ke Yongsan Observatory (tempat melihat seluruh kawasan, matahari terbenam dan melihat lalang bulatan yang terjadi secara semulajadi). Perlu mendaki dan mengambil masa sejam pergi balik untuk ke sini.



