Visit Busan (1 Day) Like LABOUM

LABOUM merupakan grup Kpop wanita yang debut pada tahun 2014 yang diwakili Yujeong, Soyeon, ZN, Haein dan Solbin. Mereka kini kembali popular kerana lagu ‘Journey to Atlantis’ (2016) yang kembali muncul dicarta lagu dan viral apabila dipopularkan oleh MSG Wannabe (grup penyanyi lelaki baharu dalam rancangan Kvariety ‘How Do You Play? oleh Yoo Jae Suk.

Kesan ini membawa mereka bekerjasama dengan Busan Tourism dan muncul muzik video baru Journey to Atlantis dengan beberapa lokasi pengambaran di Busan, Korea Selatan.

Jom kita singgah di beberapa tempat di Busan seperti LABOUM! Sangsangdeohagi in Busan !

Eulsukdo Island / Eulsukdo Ecological Park

Pulau Eulsukdo (taman ekologi) terkenal dengan nama ‘ pulau bersih dengan burung’ kerana sebagai tempat penghijrahan dan tempat perlindungan burung nombor satu di Korea.

Terdapat landskap menarik berdekatan Nakdong Estuary Eco Center menjadikan tempat mereka menari.

Pulau ini turut menjadi lokasi pengembaraan drama seperti Life on Mars (2018); Just Between Lovers (2017-18); Money Flower (2017). Sumber : Koreandramaland

Gwangalli Beach

Gwangalli Beach sepanjang 1.4km ini sungguh popular kerana pasirnya halus. Lokasi tepat LABOUM ialah di Gwangalli SUP Zone. Tempat yang sesuai untuk berpiknik seperti mereka.

  • Alamat: 219, Gwanganhaebyeon-ro, Suyeong-gu, Busan
  • Cara ke sini: Geumryeon Station (Busan Subway Line 2), Exit 1 or 3. / Busan City Tour Bus ( Red Line)
  • Website: https://www.suyeong.go.kr/

Huinnyeoul Culture Village – Jeoryeong Coastal Trail

Jeolyeong Coastal Trail sejauh 3KM ini terletak di Huinnyeoul culture village. Di sini terdapat mural jubin sepanjang jalan, dan Huin-yeoul Coastal Tunnel. Terdapat juga jambatan gantung.

Dongnaeeupseong Fortress / Dongnaeeupseong Walled Town

Lokasi tempat bersejarah muncul dalam catatan sejarah pada tahun 1021. Merupakan sebuah kubu sasaran ketika zaman jajahan Jepun pada tahun 1592.

Cantiknya panorama waktu malam.

RUJUKAN

KKDAY di Busan

Cara enjoy di Busan dengan pakej-pakej menarik di Busan dengan harga diskaun di KKDAY . Antara pakej One Day Tour, cable car ticket , hanbok discount dan lain-lain.

Alam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *