Saya selalu membalut hadiah mengunakan kertas pembalut. Bagaimana kalau membalut mengunakan kain? Seperti Bojagi.
Apa itu Bojagi?

Bojagi atau pojagi merupakan kain pembalut tradisional Korea. Diperbuat daripada kain perca ( Jogakbo), material seperti kapas, sutera, dan linen.
Menurut sejarah ( muncul pada era Joseon 1392 ~1910 ), bojagi digunakan untuk upacara agama dan perkahwinan. Membalut barang ritual, menutup makan bagi persembahan ritual, untuk membawa barang, membalut pakaian dan objek harian. Kini dipelbagaikan pengunaanya terutama dalam membalut hadiah.

Seperti pengunaanya. Bojagi dapat membalut pelbagai jenis bentuk dan saiz barang kerana tidak mempunyai ukuran kain yang tetap. Contoh , botol air seberat satu liter, kotak makanan bentuk bulat, bekas jar , kotak bersaiz lebar dan lain-lain.

Jogakbo

Jogakbo adalah sejenis gaya kain perca (kain yang dijahit kepingan kain menjadi reka bentuk yang lebih besar). dengan rekaan yang lebih moden, bercorak abstrak dan warna-warni. Selalunya kain lebihan ini datang daripada perbuatan pakaian seperti Hanbok.
Memberi Tuah

Perkatan bo sendiri membawa maksud membalut kekayaan dan kebahagian. Jadi dengan membalut barang dengan bojagi. Bermaksud barang itu sendiri memberi tuah kepada penerima.

Menarik Perhatian Dunia

Kini penggunaan bojagi bukan sekadar membalut barangan tetapi dipelbagaikan seperti mengalas meja, menjadi beg, wall art dan sebagainya.
Contoh Bojagi Membalut Hadiah
Sumber : Cultural Heritage Administration , Korean Embassy in Malaysia


