Seorang pelajar Korea Selatan menjadi yang pertama dalam sejarah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dengan mendapat keputusan sempurna 10A+.
Menurut The Borneo Post, pelajar Kim Na-eun dari SMK St Columba di Miri, Sarawak. Mendapat semua markah tinggi termasuk subjek Bahasa Melayu!
Ayahnya, Kim Tae-ho menangis dan bangga melihat keputusan mengejut anaknya dan tidak sangka subjek kesukarannya sejak sekolah rendah iaitu Bahasa Melayu mendapat keputusan cemerlang.
2013 berpindah dari Korea Selatan ke Sarawak
Mereka sekeluarga berpindah dari Korea Selatan ke Miri pada tahun 2013. Na-eun ketika itu baharu berumur 5 tahun dan mula belajar di SK St Columba dan menyambung ke SMK St Columba.
Kim Tae-ho yang merupakan guru taekwondo yang mengajar untuk kanak-kanak mengatakan yang Na-eun tidak menghadiri sebarang tuisyen dan hanya setiap hari berlatih taekwondo yang membantu dirinya menghadapi pelajaran.
Menjadi doktor gigi
Na-eun merancang menyambung ke peringkat A Level bagi mencapai cita-cita menjadi doktor gigi. Sebelum itu, dia akan menyertai pertandingan National Sport Festival di Pulau Jeju pada 17 Oktober tahun ini.



