Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog yang H.A hormati.
Seminggu dua ini, H.A berasa gembira dan sedikit emosi, kerana novel sulung H.A bersama penulis novel remaja popular Ain Maisarah sudah terbit ( sekarang ini dalam proses cetakan)! Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Novelnya bertajuk ‘ Projek Dekor-Dekor Bersama Ain Maisarah’. Tujuh bulan masa H.A untuk siapkan manuskrip novel ini.
Serta novel comel, yang ada kaitan dengan novel sulung ini.
Novel Projek Dekor-Dekor dan novel comel fresh from the oven ini akan berada di Kedai Pink Ain Maisarah semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 di PWTC yang berlangsung selama 10 hari (26 April- 5 Mei).
H.A pula ditugaskan menjadi Ketua Dekorasi untuk booth kali ini. Temanya Blink (Blue+Pink), sama nama dengan penerbitan novel ini iaitu BlinkBook Sdn.Bhd. Memang akan berkampung di sana.
Oh, sedikit blurb berkenaan novel ‘Projek Dekor-Dekor Bersama Ain Maisarah’.
Mengisahkan seorang remaja Alisha yang mempunyai dua misi. Iaitu menceriakan kelasnya yang merupakan kelas terkotor selama lima bulan berturut-turut di Sekolah Sri Bangsar dan misi mencantikkan biliknya yang seperti tongkang pecah itu! Adakah Alisha akan berjaya atau bertambah teruk dan buruk?
Ingin tahu apa yang akan terjadi? Dapatkannya nanti di booth Ain Maisarah yea.
P/S :Sempat juga photoshot sempena keluaran novel ini 🙂






