Itinerari 2 hari 1 malam di Pulau Jeju ini dihasilkan berpandukan BLACKPINK Road in Jeju dalam rancangan BLACKPINK HOUSE TV episod 10 dan 11 di V LIVE. Tempat-tempat menarik yang mereka pergi dengan berdasarkan cadangan kelab peminat (fandom) mereka yang digelar sebagai BLINK.
Untuk maklumat pembaca, dalam website AirAsia. Jadual penerbangan Kuala Lumpur International Airport (KUL) ke Jeju International Airport (CJU). Didapati tiada awal pagi tiba ke Pulau Jeju.
Pada pandangan penulis. Bagi mengikuti itinerari BLACKPINK ini, sesuai dari Seoul atau Busan. Bukan terus dari Kuala Lumpur. Kerana boleh tiba awal pagi di Pulau Jeju berbanding tiba tengah hari / petang dari Malaysia.
Dalam BLACKPINK TV, mereka berada di Gimpo International Airport (GMP) pada jam 8 pagi. Perjalanan ke Pulau Jeju mengambil masa 1 jam 10 minit .
Website: www.airport.co.kr
HARI 1
Jeju Dongmun Traditional Market
Lokasi pertama yang mereka singgah ketika tiba di Pulau Jeju, iaitu Jeju Dongmun Traditional Market. Merupakan pasar paling besar dan tertua di Pulau Jeju.
- Alamat: 20, Gwandeok-ro 14-gil, Jeju-si, Jeju-do
- Website: Dongmun Traditional Market
Maze Land
Mengambil masa 46 minit dari Dongmun Traditional Market ke Maze Land. Taman labirin ini yang turut menjadi lokasi Running Man (episod 105) dan Kdrama ‘The Legend of The Blue Sea’. Menariknya taman laluan berselirat ini mempunyai tiga jenis iaitu Whinstone Maze (bentuk patung batu “Dolharubang’), Woman Maze (bentuk “Haenyeo”- Jeju women diver) dan Wind Maze.
Selain Maze Land terdapat labirin yang lain iaitu Kimnyoung Maze Park dan Jungmun Maze Park. Pastikan tidak keliru.
- Alamat: 3322 Pyeongdae-ri, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do, South Korea
- Tiket: 11,000 KRW (RM40)
- Website: www.mazeland.co.kr
Hot Air Balloon Tour
BLACKPINK mencuba aktiviti belon udara panas di Jeju B.E.S.T Hill (BEST singkatan untuk Beautiful Eco Site Tour). Merupakan sebuah lokasi penginapan, tapak perkhemahan dan tentunya aktiviti belon udara panas.
- Alamat: 2109-36 Namjo-ro, Jocheon-eup, Jocheon,Jeju-do, South Korea
- Fee: 99,000 KRW ( RM360) – 5pm
- Website: Jejubesthill.com (Korean)
Jeju Shinhwa World Marriott Resort
Tempat mereka menginap di Jeju Shinhwa World Marriott Resort. Menurut di Booking.com dan website, RM1,000+ (280,000KRW /night). 45-60 minit dari Jeju International Airport.
- Alamat: 38 Sinhwayeoksa-ro 304beon-gil, Andeok-myeon,Seogwipo-si, Jeju-do
- Website: Jeju Shinhwa World Marriott Resort
HARI 2
3 Birds
Mereka mulakan hari kedua (hari terakhir di Jeju) dengan brunch di 3 Birds (country-style brunch cafe) yang bersebelahan dengan kafe GD ‘Untitled 2017’ di YG Republique Jeju Shinhwa World.
- Alamat: 38, Shinhwayeoksa-ro 304bun-gil,Andeok-myeon Seogwipo-si, Jeju
- Tiket: Perlu membeli tiket masuk ke Jeju Shinhwa World
- Website: www.shinhwaworld.com (English)
Dapatkan Shinhwa Theme Park ticket di sini -> KKDay
Tangerine Picking Farm (Jisoo & Lisa)
Mereka bahagikan kepada dua kumpulan. Jisoo dan Lisa ke Choenamdan Gamoemul Tangerine Picking Farm dan Jennie dan Rose memilih aktiviti berkuda.
- Alamat: 168, Namwon-eup, Seogwipo-si, Jeju-do.
- Fee: 12,000 KRW (RM44)
- Masa: 9 pagi ~ 6 petang (pintu masuk tutup jam 5 petang)
- Website: Orangefarm
- Facebook: ChoiNamDam
Hyeopjae Beach
- Alamat: 329-10 Hyeopjae-gil, Hallim-eup, Jeju-si, Jeju-do
- Website: visitjeju.net
Seojjoggage vintage shop
Seojjoggage atau dalam bahasa Inggeris iaitu (West Store) Jeju vintage shop. Berhampiran dengan Hyeopjae Beach (berjalan kaki). Jisoo dan Lisa membeli souvenir untuk Jennie dan Rose.
- Alamat: Jeollanam-do, Jeollanam-do, Hanil-ro 335 (Jangjae-ri 2447-27)
- Instagram: @west_store_jeju
Horse Riding (Jennie & Rose)
Lokasi di Jeju Horse Riding Park. Biyangboong (Biyangdo: nama pulau di Jeju) nama kuda untuk Jennie, dan Hamel, nama kuda untuk Rose.
- Alamat: 152-1, Nokgome-gil, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do
- Pakej: Riding Tour 33,000 KRW (RM120)- 110,000 KRW(RM400)
- Website: Jeju Horse Riding Park (Korean)
St. Isidore Milk Cafe (Yooyoubudan Cream Shop)
Selepas menunggang kuda, Jennie dan Rose singgah di kafe aiskrim, St. Isidore Milk Cafe (Yooyoubudan Cream Shop). Jarak masa dalam 15-20 minit dari Jeju Horse Riding Park.
- Alamat: 7-5, Gwandeok-ro 8-gil, Jeju-si, Jeju-do
- Website: visitejeju.net
- Instagram: @uyubudan
Aewol The Sunset
Lokasi terakhir dua hari satu malam BLACKPINK di Jeju sebelum pulang (35 minit ke airport). Aewol The Sunset cafe, merupakan kafe yang disarankan BLINK bagi melihat matahari terbenam.
- Alamat: 1381 Gwakji-ri, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do
- Website: www.aewolthesunset.com
- Instagram: @Aewol_the_Sunset
BLACKPINK Road in Jeju for sell!!!
TIP
- Disarankan menyewa kereta berbanding menaiki bas.
- Panduan TIP SEWA KERETA & PANDU SENDIRI DI PULAU JEJU
- Menyewa teksi mengikut jam – Global Taxi
- Install apps peta Korea (English) di Google Play
- Dapatkan pakej atau produk menarik di Pulau Jeju dengan KKDay













































