Pengalaman hari pertama (20 April 2018) bergerak dari Seoul bersama 40 lebih WOWKOREA Supporters (pelajar-pelajar pelbagai negara yang belajar di universiti- universiti Korea) ke Yangyang, Gangwon-do. Perjalanan mengambil masa dua jam lebih.
Donghae Makguksu
Tiba sahaja di Gangwon, kami makan tengah hari di Donghae Makuguksu yang terletak di Yangyang-gu, Gangwon-do. Makguksu yang diberitahu kepada kami ada dua jenis. Dengan air (berkuah) dan tanpa air. Saya memilih Mul Makguksu (Cold Buckwheat Noodle). Mul bermaksud air dan makguksu bermaksud mi. Kuahnya sejuk, sedap dan tidak pedas.
- Alamat: 98-1, Powol-ri, Yangyang-eup, Yangyang-gun, Gangwon-do
- Masa operasi: 9am-9pm
- Telefon: 0336718887
Donghae Makguksu > Naksansa Temple
Naksansa Temple
Kemudian menuju ke lokasi pertama iaitu Naksansa Temple. Landmark bersebelah sahaja dengan Naksan Beach Hotel. Naksansa Temple merupakan kuil yang berusia 1,300 tahun dengan pemandangan laut yang indah dan luas kawasannya.
- Alamat: 100 Naksansa-ro, Ganghyeon-myeon, Yangyang-gun, Gangwon-do
- Masa operasi: 06:00-20:30
- Tiket: 3,000 KRW
- Website: www.naksansa.or.kr , naksansa.templestay.com (Korean)
Naksansa Temple > Yangyang International Airport
Yangyang International Airport (YNY)
Merupakan airport kecil yang terletak di Gangwon. Airport yang berkhidmat untuk kawasan Sokcho, Gangneung dan PyeongChang. Semasa kami tiba, ia kelihatan sunyi kerana domestik hanya dua kali sehari ke Gimhae (Busan) dan Pulau Jeju. Airport ini meriah ketika musim PyeongChang Olympic (Feb- March 2018).
Mempunyai dua line untuk domestik dan dua line untuk antarabangsa. Airport ini digunakan selalu untuk latihan para cadet pilot.
- Alamat: 201 Gonghangno, Sonyang-myeon, Yangyang-gun, Gangwon-do
- Website: www.airport.co.kr
Yangyang International Airport > Naksan Beach
Naksan Beach
Pantai sepanjang 4km yang cantik dengan pasir putih yang tebal. Berdekatan dengan Naksansa Temple. Sesuai melihat matahari terbit di Uisangdae Pavilion ( dalam kawasan Naksansa Temple di lereng bukit).
- Alamat: 59, Haemaji-gil, Ganghyeon-myeon, Yangyang-gun, Gangwon-do
- Website: yangyang.go.kr
Naksan Beach > Jeollado Restaurant
Jeollado Restaurant
Terdapat deretan restoran yang berdekatan dengan Naksan Beach. Kami menjamu Maeuntang Spicy Fish Soup.
- Alamat: 37-2 Naksansa-ro, Ganghyeon-myeon, Yangyang-gun, Ganwong-do.
- Masa operasi: 00:00-24:00
Jeollado Restaurant > Naksan Beach Hotel
Naksan Beach Hotel
Menginap semalam di Naksan Beach Hotel. Hotel yang terletak di atas bukit dengan bersebelahan Kuil Naksansa dengan pemandangan laut.
Menariknya, hotel ini mempunyai kafe dan turut mempunyai bilik arcade & noraebang (karaoke room).
- Alamat: 73 Naksansa-ro, Ganghyeon-myeon, Yangyang, Gangwon-do, South Korea
- Website: Booking.com
Bersambung hari kedua….


























