Hari kedua (21 April 2018). Merupakan hari istimewa saya. Harijadi saya! Di Korea pula! Rasa bersyukur dan terharu. Terima pula ucapan dari 40 orang lebih dari pelbagai negara pula. Nanti saya kongsikan pengalaman menyambut harijadi di Korea.
Hari istimewa ini bermula dengan aktiviti bersenam kaki! Bukan berjoging atau maraton tetapi mengayuh railbike. Ya, lokasi pertama, hari kedua. Jeongdongjin Rail Bike.
Jeongdongjin Rail Bike
Di Korea terdapat beberapa rail bike, salah satunya Jeongdongjin Rail Bike. Terletak di Jeongdongjin Station, Gangneung, Gangwon. Jeongdongjin merupakan lokasi yang memasuki Guinness Book of World Record kerana memiliki landasan kereta api yang berhampiran laut.
Terdapat dua jenis raik bike. ( dua tempat duduk dan empat tempat duduk). Rail bike sepanjang 5km. Kalau sekadar mengayuh memang memenatkan kerana laluannya turut berbukit. Tetapi rail bike ini mempunyai auto mode (bateri). Jadi, tidaklah sukar dan dapat menikmati pemandangan laut, pantai dan Hourglass Park.
- Alamat: 17, Jeongdongyeok-gil, Gangneung-si, Gangwon-do
- Tiket: Dua tempat duduk (20,000 KRW), empat tempat duduk (30,000 KRW)
- Masa operasi: March-Oktober (9:00-5:00), November-Februari: (9:00-4:00)
- Website: www.sunbike.kr (Korean)
Jeongdongjin Rail Bike > Restoran Keungiwajib
Keungiwajib
Selepas penat mengayuh, kami makan tengahari di restoran Korean, Keungiwajib. Tidak jauh dari Jeongdongjin Rail bike ( hanya memgambil masa 3-5 minit).
Dijamukan terlebih dahulu dengan Haemul Pajeon ( lempeng makanan laut dengan daun bawang), besar dan tebal! Kemudian, dihidangkan dengan Haemul Sujebi (sup makanan laut dengan serpihan doh daripada gandum).
- Alamat:
Restoran Keungiwajib > Haslla Art World
Haslla Art World
Haslla Art Museum atau turut dikenali sebagai Pinocchio Museum (terdapat pameran khas untuk watak patung kayu popular filem Walt Disney). Muzium seni yang sungguh besar (seluas 61 ekar) dan menarik kerana ada indoor dan outdoor. Bagi yang berminat dengan seni, kraf, arca dan ingin melihat sesuatu yang unik dan berinspirasi, boleh singgah sini. Terlalu banyak untuk dilihat.
- Alamat: 1441, Yulgong-ro, Gangdong-myeon, Gangneung-si, Gangwon-do
- Tiket: Muzium+taman (10,000 KRW)
- Masa operasi: 9:00-6:00 / Kemuncak musim: 8:00-7:00
- Website: http://www.haslla.kr
Haslla Art World > Coffee Cupper Museum
Coffee Cupper Museum
Kami singgah di muzium kopi cawangan di Gangneung. Bagi peminat kopi, patut singgah sini! Sesi bermula dengan penerangan oleh wakil pihak muzium tentang sejarah kopi, alatan pembuatan kopi, jenis-jenis kopi dan turut menunjukkan sebuah buku yang boleh dikategorikan sebagai kitab kopi (170,000KRW)
Rakan saya dari Turki, memang gembira ke sini (siap bawa bendera Turki) kerana turut terdapat sejarah kopi Turki. Juga terdapat tiga jenis biji kopi terbaik dunia ( Jamaica Blue Mountain Coffee, Hawaii Kona & Yemen Mocha Mattari) dan biji kopi yang paling mahal di dunia, iaitu Kopi Luwak.
Kami turut merasai pengalaman (Hand Drip Experience) membuat kopi dengan alatan yang kelihatan asas.
- Alamat: Gangneung-si Changhae Road 17 (Goseok-dong)
- Masa operasi: 08:00-22:00
- Tiket: 5,000KRW . Hand Drip Experience (10,000KRW)
- Website: http://cupper.kr/ (Korean) , http://www.coffeemuseum.kr/ (Korean)
Coffee Cupper Museum > restoran Sonamujib Chodang Sundubu
Sonamujib Chodang Sundubu
Makan malam di Sonamujib Chodang Sundubu. Gangneung memang terkenal dengan tauhu. Kami ke sini hanya berjalan kaki dari muzium kopi (dalam 5-7 minit).
Nota: Restoran ini Sundubu Jjigae (sup tauhu lembutnya didapati terdapat daging cincang). Jadi saya memilih makan Jjamppong Sundubu (sup pedas makanan laut beserta tauhu lembut dan disertakan mee).
- Alamat: 95-5 Chodangsundubu-gil, Gangneung, Gangwon-do
- Website: http://sonamu.koreanweb.kr/ (Korean)
Restoran Sonamujib Chodang Sundubu > Hotel Gangneung
Gangneung Tourist Hotel
Bermalam di Hotel Gangneung yang terletak 2km dari Gangneung KTX Station dan Gangneung Express Bus Terminal. Harga semalam antara RM300~RM600.
- Alamat: 62 Geumseong-ro, Seongnae-dong, Gangneung, Gangwon-do, South Korea
- Website: Gangneung Tourist Hotel
Bersambung….


























