DI MANA HADONG?
Pertama kali dengar nama ini, itupun nama orang dan bukan nama tempat. Iaitu Kang Hodong, seorang hos TV yang terkenal di Korea.
Jadi, ini pertama kali saya dengar tempat bernama Hadong di Korea Selatan. Bertambah tahu tempat ini kerana sebuah rancangan Korea ‘Battle Trip ep.90- Wanna One’.
Hadong merupakan sebuah daerah yang terletak di wilayah selatan Gyeongsang. Dua jam dari Busan dengan train dan tiga jam setengah dari Seoul (KTX).
Hadong yang penduduknya sekitar 50,000 orang, diberi gelaran sebagai ‘The Korean Alps.’ Turut digelar Slow City. Dalam sejarah dikenali juga sebagai ‘Dasachon’ (daerah pasir yang melimpah). Merupakan lokasi bagi Taman Negara Jirisan, Sungai Seomjingang dan Taman Laut Nasional Hallyeo yang merupakan tempat terakhir pertempuran komander angkatan laut Korea yang terkenal, Chungmugong Lee Sunshin.
Terkenal dengan teh hijau kerana ladang tehnya yang telah dipelihara pada 1,200 tahun sejak. Iaitu zaman kerajaan Silla (57 B – AD 935). Sehingga mendapat Globally Important Agricultural Heritage Systems (GIAHS) oleh Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO).
Website: Hadong.go.kr (English)
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI HADONG
Jirisan National Park
Merupakan taman nasional pertama Korea. Merangkumi tiga wilayah iaitu Gyeongsangnam-do, Jeollanam-do dan Jeollabuk-do.
- Website: english.knps.or.kr
Seomjin-gang River
Sungai yang dikenali sebagai antara yang tercantik dan terbersih di Korea. Kontras dengan pasir putih dengan air biru. ‘Seomjin’ bermaksud “feri katak”. Mengikut legenda, segerombolan katak menyekat tentera Jepun daripada melintasi Seomjin.
Hallyeo Marine National Park
Hallyeohaesang National Marine Park menjadi taman national pada tahun 1968. Ia merangkumi enam daerah (Geoje, Tongyeoung, Sacheon, Hadong, Namhae, Yeosu). Turut dikenali sebagai ‘The Sea Diamond.’ Mempunyai laluan bada baengnigil, yang bermaksud, “laluan 100 lautan panjang,” membentang sejauh 42.1 kilometer!
- Website: english.knps.or.kr
Simnibeotkkot-gil (Simni Cherry Road)
Jalan ini turut dipanggil Hollyegil atau “Wedding Road.” Kerana dipercayai pasangan yang berjalan di sini bersama akan mempunyai perkahwinan yang bahagia.
- Alamat: Hwage-ro, Uisin-gil, Hwage-myeon, Hadong-gun, Gyeongsangnam-do
Samseong-gung Palace

Samseonggung Palace – Photo Credit: Steve46814
Turut digelar sebagai ‘Three Sages Palace,’ adalah sebuah kuil di sepanjang lereng Gunung Jiri, daerah Hadong di Wilayah Gyeongsang Selatan, yang diciptakan untuk menghormati tiga pengasas mitos Korea iaitu Haneullim (Maharaja Syurga), Hwanung (Supreme Divine Regent) dan Dangun (Cucu Syurga).
- Alamat: 86-15, Samseonggung-gil, Cheongnam-myeon, Hadong-gun, Gyeongnam
Gujaebong Recreational Forest
Turut digelar sebagai “ruang untuk penyembuhan minda dan badan.” Terkenal dengan landskap semulajadi yang cantik. Mempunyai laluan mendaki yang menarik, fasiliti rekreasi (Eco Adventure) seperti zipline dan monorail.
- Alamat: 60-81, Jungseo-gil, Jeongnyang-myeon Hadong-eup, Hadong-gun, Gyeongsangnam-do
- Rujukan: Hadongblog
Hwagaejangteo Market
Merupakan pasar tempatan di Hadong. Pelbagai barang yang dijual seperti herba, sayuran, buahan, produk pertanian, pakaian, pasu dan lain-lain. Paling popular produk daripada teh.
- Alamat: 51-1 Tap-ri, Hwagae-myeon, Hadong-gun, Gyeongsangnam-do
Hadong Wild Tea Garden
Ladang teh pertama di Korea dengan 1200 tahun sejarah! Sehinggakan terdapat Dawom (Tea Garden) Tour.
- Dosimdawon. Pokok teh yang terbaik (pokok teh 1000 tahun)
- Maemdawon. Terdapat Maeam Tea Museum (ketahui sejarah teh 100 tahun di Agyang)
- Beophyangdawon. Ladang teh pertama di Korea. Ditanam pada zaman King Heungdeok of Silla (828)
- Jeonggeum Tea Field. Ladang teh yang tercantik
AKTIVITI-AKTIVITI KEBUDAYAAN
The Ssanggyesa Temple ‘Temple Stay’
- Alamat: 59 Ssanggyesa-gil, Hwagye-myeon, Hadong-gun, Gyeongnam
- Website: Ssanggyesa.net (Korean) / eng.templestay.com (English)
Green Tea Experience di Hadong Tea Museum
- Masa: 0900-1800
- Harga: Tea Ceremony (percuma), Tea Picking (5,000 Won)
- Alamat: 571-25, Ssanggye-ro, Hwagae-myeon, Hadong-gun, Gyeongsangnam-do
- Website: hadongteamuseum.org (Korean)
Pottery Experience di Sagi Areum Village
- Masa: 0900-1800
- Harga: Pottery Experience (Group = 15,000 Won / Individual= 25,000 Won)
- Alamat: 92 Sagiareum-gil, Jingyo-myeon, Hadong-gun, Gyeongnam
- No.tel: +82 055-882-4080
- Website: tour.hadong.ko.kr (Korean)
6 AKTIVITI DI HADONG YANG BOLEH DI CUBA
Seomjin-gang River ‘Rafting’
- Tempat: Seomjin-gang Leisure Club
- Masa: 0900-1800
- Harga: Rafting+Lunch ( 30,000 Won) / Rafting+Long boat (40,000 Won)
- Alamat: 865-6 Deogeun-ri, Hwagae-myeon, Hadong-gun Gyeongnam
- Website: www.sjklc.co.kr (Korean) /
- Rujukan: gurye.go.kr (English)
‘Zip Wire’ of The Hadong Alps Leports
- Tempat: Hadong Alps Leports
- Masa: 0900-1800
- Harga: Dewasa (45,000Won) / Kanak-kanak (35,000Won)
- Alamat: 493-9 Gyeongchung-ro, Geumnam-myeon, Hadong-gun, Gyeongnam
- Website: www.hdalps.or.kr (Korean)
Mount Geumoh-san Adventure ‘Big Swing’
- Tempat: Hadong Swing Jump
- Masa: 0900-1800
- Harga: Dewasa (18,000Won) / Kanak-kanak (14,000Won)
- Alamat: 493-37 Gyeongchung-ro, Geumnam-myeon, Hadong-gun, Gyeongnam
- Tel: +82 055-883-1064
- Website: www.hadongswing.com (Korean)
Hadong ‘Rail Bike’
- Tempat: Hadong Rail Bike
- Masa: 0930-1900
- Harga: Two seater (20,000~ 30,000Won) / Four seater (25,000~35,000Won)
- Alamat: 2446-6 Gyeongseo-daero, Bukcheon-myeon, Hadong-gun, Gyeongnam
- Website: www.hdrailpark.com (Korean)
Gujae-bong ‘Peak Adventure’

Gujaebong Peak Adventure – Photo Credit: Hadongblog
- Tempat: A Space for Healing Mind and Body
- Masa: 0900-1800
- Harga: Zipline 1P (20,000Won) / Monorail 1P (1,000Won) / Adventure (10,000Won)
- Alamat: 60-81 Jungseo-gil, Jeongnyang-myeon, Hadong-gun, Gyeongnam
- Website: www.hadongforest.co.kr (Korean)
Hyeonje-bong Peak, Gujae-bong ‘Paragliding’
- Tempat: Gujaebong Launch Site
- Alamat: 186 Gaechimigong-gil, Agyang-myeon, Hadong-gun, Gyeongnam
- Tel: +82 055-880-6442
5 FESTIVAL POPULAR DI HADONG
Hwagae Cherry Blossom Festival (April)
- Info: Jalan sepanjang 4KM yang mempunyai deretan pokok Cherry Blossom
- Alamat: Hwage-ro, Uisin-gil, Hwage-myeon, Hadong-gun, Gyeongsangnam-do
- Pengangkutan: Busan Seobu Bus Terminal > Hwagae Bus Terminal (2jam 30 min)
- Sumber: elpheal
*Terdapat pakej ke tempat ini —> Pakej Cherry Blossom di Hadong
Hadong Wild Tea Culture Festival (May)
- Info: Festival diwujudkan untuk membantu merasa dan nikmati Hadong Wild Tea dari Jirisan.
- Alamat: Tea Culture Center (Hwagae-myeon dan Agyang-myeon), Hadong-gun, Gyeongsangnam-do
Bukcheon Field Poppy Flower Festival (May)
- Info: Bunga Poppy seluas tanah lapang (anggaran 165,300 m2) bersama dengan pelbagai bunga yang lain.
- Alamat: Seluruh kawasan Jikjeon
Alps Hadong Seomjingang Jaecheop Festival (Julai)
- Info: Festival musim panas yang diadakan di sungai Seomjingang. Aktiviti mengutip kerang jenis ’emas’ dan gangsa, menuai jaecheop (kerang hitam kecil) dan sukan air.
- Alamat: Seluruh kawasan Taman Songrim dan Sungai Seomjingang
Bukcheon Cosmos & Buckwheat Festival (Sept)
- Info: Popular dengan landskap bunga Cosmos di padang dan tepi jalan raya. Juga disajikan pelbagai hidangan yang diperbuat daripada buckwheat, termasuk mi dan bergoreng.
- Alamat: Seluruh kawasan Jikjeon-ri, Bukcheon-myeon, Hadong-gun, Gyeongsangnam-do
- Website: www.cosmosfestival.co.kr (Korean)
MAKANAN POPULAR DI HADONG
Set Meal with Jaecheop Soup
Jaecheop terma Korea yang dirujuk sebagai kerang kecil yang hidup di dataran rendah di Seomjingang di mana air bersih yang tidak tercemar mencipta habitat ideal mereka. Dikenali khasiat yang tinggi berbanding bajirak (grooved carpet shell). Sup kerang jernih yang dikenali membantu mengurangkan bintik-bintik di muka dan penyembuh mabuk.
- Restoran: Muryangwon Restaurant.
- Alamat: 2770, seomjingang-daero, Hadong-eup, Hadong-gun
- No.tel: +82 55-883-7459
- Rujukan: www.siksinhot.com (Korean/English) / https://m.blog.naver.com (Korean)
Set Meal with Crab and Seafood Stew
Mempunyai menu istimewa iaitu Chamge Haesintang Jeongsik (set meal with crab and seafood stew).
- Restoran: Paldo Gangsan
- Alamat: 2292 Seomjingang-daero, Hadong-eup, Hadong-gun.
- No.tel: +82 55-883-2226
- Rujukan: https://blog.naver.com/jjp5838 (Korean)
Green Tea Set Meal
Set tradisional makanan Korea (hanjeongsik) berasaskan teh hijau, produk lokal istimewa Hadong. Lokasi restoran ini berdekatan dengan Simni Cherry Road, Hwagaejang Marketplace, Choe Champan House, Ssanggyesa, dan Chilbulsa Temples.
- Restoran: Chanip Masul
- Alamat: 519, Hwagae-ro, Hwagae-myeon, Hadong-gun
- No.tel: +82 55-883-3316
- Rujukan: http://blog.daum.net/teafood (Korean) / teafood.co.kr (Korean)
- Nota: Turut terdapat hidangan pork belly meat dan Green Tea Flower Wine.
*Disertakan senarai restoran yang terdapat menu seafood seperti Spicy Fish Stew, Crab porridge , Shellfish Soup, Asian Clam Soup di: http://toureng.hadong.go.kr
TEMPAT PENGINAPAN CADANGAN
Kensington Resort
- Alamat: 384-17 Unsu-ri, Hwagae-myeon, Hadong-gun, Gyeongsangnam-do
- Website: kensingtonresort.co.kr
- Semalam: RM300+
Vivace Resort
- Alamat: 876, Cheonghak-ro, Cheongam-myeon, Hadong-gun
- Website: vivaceresort.co.kr
- Semalam: RM700+
Sangol Hwangto Pension

Sangol Hwangto Pension – Photo Credit: Yumayi
- Alamat: 198 Beomwang-gil, Hwagae-myeon, Hadong-gun
- Website: harmony-pension.co.kr (Korean)
- Semalam: RM500+
- Rujukan: herestay.co.kr
Jiriran Beotkkot Caravan Park
(Wanna One =Park Jihoon & Park Woojin)
- Alamat: 946-8, Hwagae-ro, Hwagae-myeon, Hadong-gun
- Website: https://cafe.naver.com/wlfltkszkfkqks (Korean)
- Semalam: RM600+
- Rujukan: http://simsim.tistory.com/969
Nota: Penulis menulis artikel ini selepas menghadiri Gogossing Travel Seminar: Hadong, the Korean Alps oleh Korea Tourism Organization Malaysia dan Hadong Tourism Board di Hilton Kuala Lumpur pada 31 July 2018.


























