Hangeul: Alphabet Korea yang Kini Berusia 575 Tahun

Apakah itu Hangeul?

Hangeul adalah tulisan huruf dari Korea. Merupakan sistem yang diciptakan oleh Raja Sejong Yang Agung (raja ke-4 zaman Dinasti Joseon 1418-1450) pada tahun 1443. Hunminjeongeum nama asalnya yang bermaksud “tulisan untuk rakyat” dan merupakan sebuah dokumen skrip.

Hunminjeongeum

Pada zaman itu, hanya golongan atasan/bangsawan yang boleh mengunakan dan dapat menulis tulisan Hanja (sistem tulisan klasik Cina yang digunakan di Korea ketika itu). Berbanding golongan kebanyakkan dan bawahan yang buta huruf.

Kerana mahu semua rakyat Korea dapat bertutur dan menulis tanpa mengira darjat. Raja Sejong dengan dibantu para ilmuan/sarjana dari Jiphyeonjeon (institut penyelidikan diraja) menciptakan tulisan Hangeul.

Huruf Hangul

Korean alphabet

Hangul mempunyai 24 huruf asas iaitu 14 huruf konsonan dan 10 huruf vokal.

Hangul Proclamation Day

Hangeulnal Day

Hangeul Day atau Hangeul Proclamation Day/ Korean Alphabet Day merupakan hari memperingati yang menandakan penemuan dan pengisytiharan Hangul – abjad Bahasa Korea pada 9 Oktober. Menjadi cuti umum di Korea Selatan pada 1970.

Tahun ini menjadikan ulangtahun yang ke 575!

National Hangeul Museum

National Hangeul Museum

Lawati sejarah dan peristiwa tulisan Hangeul di National Hangeul Museum

King Sejong The Great miniature at National Hangeul Museum

Alam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *