Pada 22 Julai (Sabtu), berlangsungnya Wow! PyeongChang Malaysia Supporters 1st Gathering di Hotel Concorde bagi meraikan penyokong- penyokong kempen Wow ! Pyeongchang Malaysia Supporters yang terdiri dari social media influencer , blogger dan individu.
Turut menyambut D-200 hari lagi menjelang temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018.
H.A bersama dua maskot rasmi Sooharang dan Bandabi.
Majlis bermula dengan ucapan Mr. Lee Younggeun, Managing Director of Korea Tourism Organization Malaysia.
Seterusnya individu penting kempen ini. Ms. Nuri Kim ,Gangwon Marketing Manager memberikan ucapan. Menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada para penyokong.
11 penyokong daripada 73 penyokong (menyumbang 1,139 post dalam pelbagai sosial media) menerima hadiah dalam perjumpaan pertama ini yang bermula pada March- April. Tahniah!
Hadiah utamanya tiket kapal terbang Korean Air! Hadiah kedua, ground package Korea dan serta hadiah -hadiah saguhati akan menerima patung maskot rasmi PyeongChang 2018 iaitu Sooharang atau Bandabi.
Alhamdulillah H.A menjadi salah seorang pemenang saguhati.
2nd Gathering akan berlangsung pada bulan November nanti. H.A berharap mendapat hadiah Top Best Supporters yang hadiahnya berpeluang melawat sukan olimpik di PyeongChang! Aaamin, doakan.







